assalamualaikum
sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI
SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE ,
WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa :
“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan
namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar
dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak
ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya,
dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa
kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”
( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ;
Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s
(iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya
melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
sebutan rumi : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI
AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA
‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu
dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku,
maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim”
( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi,
5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah,
Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, i
aitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya
dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban
untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda.
Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan,
cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya
(dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh,
berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..
sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda.
Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t
tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment
.