Wednesday, January 11

:.hey wira hatiku .:


assalamualaikum.



Sebagai seorang muslimah, korang mesti berharap agar dapat seorang suami 
yang menyenangkan hati, kan. Seorang yang dapat melindungi dan mengarahkan 
korang menuju redha Allah SWT. Betul tak? Berikut merupakan ciri2 calon suami
 yang dicadangkan dalam penjelasan berikut:

1. Seorang Jujur dan Terus Terang

Dari awal pembawaan ini harus dipastikan dahulu, apakah dia adalah 
seorang lelaki yang jujur atau sebaliknya. Dari mukanya dapat dinilai seorang jujur 
atau tidak.Dari cara dia berkata-kata juga dapat ditentukan apakah dia seorang 
yang jujur atau tidak. Sejak awal korang harus peka dengan sifat ini kerana
 kejujuran seorang lelaki adalah hal yang sangat jarang2 berlaku untuk masa kini.
 Apabila dia memang orang jujur, dia tak hanya akan mengutarakan
 kebaikan-kebaikannya selama ini, namun juga kelemahan 
dan keburukannya ketika akan melamar korang.

2. Menghormati Wanita

Di mata wanita, tentu wanita yang matang, bukan wanita muda, 
juga wanita yang telah bersedia untuk berkahwin, mendambakan 
seorang lelaki yang ideal dan sangat sederhana. Dia hanya perlu seorang 
lelaki yang mampu membuat wanita selesa, membahagiakan secara 
batin dan kata2. Memiliki sikap hormat, tak merendahkan,
 tak juga melecehkan meskipun dia lelaki cerdas dan lebih 
memiliki kemuliaan yang lain. Seorang lelaki yang benar2 
tahu bagaimana memperlakukan seoang wanita.
 Menghormati secara profesional dan tak berlebihan. 
Dia memandang wanita bukan sebagai objek seks, 
namun menghormatinya dengan baik.

3. Seorang Lelaki Yang Tegas

Tegas bukan bererti keras kerana ketegasan tak perlu ditunjukkan
 dengan kekerasan. Wanita akan lebih 'tunduk' dengan lelaki yang tegas,
 mampu mengambil keputusan, percaya diri, sangat konsisten dengan keputusannya. 
Dia dipilih untuk menjadi suami yang mampu membuat keputusan bagi keluarga. 
Semasa dia menjadi seorang pemimpin rumah tangga dia tak d
apat mengambil kira semua kepentingan. Dia harus memiliki keputusan 
sendiri dan harus komitmen dengan keputusan2 yang dia buat.

4. Lelaki Yang Tidak Malu Untuk Minta Maaf

Seorang lelaki memang dikenali sebagai yang keras kepala
 dan tak nak minta maaf. Meskipun sudah jelas telah melakukan kesalahan, 
tak ramai lelaki yang dengan rela hati mengatakan
 "Abang minta maaf, abang bersalah...".
 Ego mereka sangat kuat sehingga menghalangi kerelaan meminta maaf. 
Bahkan pada keadaan tertentu, kadang kala meminta maaf akan 
dilakukan bila dah takde pilihan. Lelaki jenis ini akan membuat
 wanita bertahan dan mendambakan menjadi pendamping hidupnya.
 Sayangnya para lelaki muda dan bujang jarang memiliki sikap seperti ini.
 Lelaki jenis ini biasanya sudah berkeluarga sehingga susah atau bahkan
 tak mungkin untuk mendapatkan cintanya.

5. Cerdas, Menguasai Banyak Hal

Sifat ini akan mengundang kekaguman para wanita kerana wanita s
elalu sahaja mempunyai banyak persoalan yang nak diketahui. 
Setiap kali bertanya, dia selalu dapat menjawab.
 Jawapannya tak hanya beberapa perkataan sahaja,
 tapi dah cukup untuk membuat korang terpesona.
 Meskipun tak memiliki ketampanan luar biasa, 
lelaki jenis ini banyak peminatnya. Kepintarannya cukup 
membuatnya mampu menaklukki hati para wanita.
Namun bila ternyata tak pandai menguasai banyak hal, 
seorang lelaki juga cukup dikagumi apabila dia mahir dalam 
satu bidang tertentu. Kemahiran dan kecerdasannya pada 
bidang tertentu sangat dihargai oleh kaum wanita.

6. Mampu Beradaptasi

Kemampuan beradaptasi dengan orang baru, 
keluarga baru dalam lingkungan baru juga menjadi nilai tambahan 
karakter seorang calon suami yang baik. Saat ijab kabul
 ditunaikan, suami akan tinggal di rumah keluarga isterinya
 buat seketika. Bila dia tak dapat membawa diri, kemungkinan
 besar dia hanya duduk terdiam di satu sudut atau mungkin 
lebih memilih untuk menyendiri di bilik tanpa mahu keluar.
Seorang lelaki baik seharusnya memiliki kemampuan 
beradaptasi. Bijak membuka sebuah perbincangan dengan 
siapa pun. Sehingga perkataannya tak berlebihan tetapi selalu mudah difahami.

7. Berani

Inilah sikap yang paling disukai, iaitu keberanian. 
Keberanian ini lebih kepada sebuah sikap positif yang 
didorong oleh mental yang kuat. Apabila mendapat
 tekanan hidup, dia mampu untuk melawan dengan kekuatan 
mental dan fizikal yang dia miliki. Dia berani untuk menjadi diri
 sendiri dan selalu membela kebenaran. Ketika dia memutuskan 
untuk melawan suatu kezaliman, dia sudah mempertimbangkan 
segala sesuatunya dengan matang. 
Bukan hanya sekadar bangkit tanpa perhitungan.

8. Berjiwa Besar

Lelaki yang berjiwa besar adalah seorang yang tak mudah
 menyimpan dendam dalam hatinya. Lapang dada dalam
 menerima kekurangan pasangannya, dan selalu memaafkan 
apabila memang dia dituntut untuk memaafkan seseorang. 
Dia sangat sedar bahawa setiap orang diciptakan tak sempurna
, namun setiap makhluk memiliki kekurangan satu sama lain. 
Sehinggakan dia menyedari beberapa kekurangan pasangannya, 
dia tak menuntut lebih dan lebih memilih sikap menerima seadanya.

9. Kelak Bila Menjadi Suami

Apa yang dikemukakan di atas adalah ciri2 calon suami
 yang mungkin boleh dikenali dengan perkenalan. 
Namun bagaimana halnya kalau setelah berkahwin 
segalanya berubah? Korang dapat mengenali apakah
 suami korang nanti berubah atau tak, dengan cepat.
Suami bukan komander perang dan bukan juga bos, 
main perintah sesuka hati, caci maki selancar sampah
 di longkang. Bukan. Bukan macam tu. Suami adalah
 seorang teman hidup untuk isteri. Dia adalah seorang yang 
dirindui dan dikagumi. Selalu ditunggu dan dialu-alukan.
 Sehingga pada dasarnya dia adalah seorang yang keras 
dan tegas, namun ketika berinteraksi dengan orang lain, 
lebih2 lagi dengan isteri dan anak-anaknya, dia harus bersikap
 lembut agar mereka tak jauh dan berpaling. 
Sikap lemah lembut ini merupakan rahmat dari Allah SWT 
sebagaimana kalam-Nya ketika memuji Rasul-Nya yang mulia.

No comments:

Post a Comment

.